Monday, January 12, 2015

Harga Minyak Terus Merudum Hari Ini



Harga minyak mentah dunia hari ini terus jatuh kebawah paras terendah sejak enam tahun lalu iaitu bawah $ 50 setong.

Harga setong penanda aras kawasan Brent menurun sebanyak 5% kepada $47,75, paras terendah sejak awal tahun 2009.

Minyak mentah Amerika Syarikat juga di peringkat yang paling rendah sejak masa itu, turun sebanyak 4.1% kepada $ 46,33 setong berikutan kilang penapisan di Philadelphia dan Ohio di negara tersebut mengalami kebakaran teruk pada hujung minggu lalu mengurangkan permintaan kepada minyak mentah di negara tersebut.

Perlahan

Sementara itu, sebuah firma pelaburan terkemuka secara drastik telah membuat ramalan bahawa harga minyak Brent mentah dalam tiga bulan akan merosot daripada $ 80 setong kepada $ 42.

Goldman Sachs berkata harga itu akan kekal hampir $ 40 untuk kebanyakan separuh pertama tahun ini, di mana firma itu berkata harga pelaburan dalam industri gas syal AS akan mula naik selepas tiga bulan tersebut.

Harga minyak kini telah jatuh teruk lebih daripada separuh sejak Jun 2014 lalu dimana harganya adalah $110 setong.

Pengeluaran minyak Amerika Utara telah meningkatkan bekalan minyak dan gas, membantu penurunkan harga.

Kerana harga minyak yang murah ia telah memperlahankan ekonomi global dan permintaan matawanag Dolar yang semakin meningkat terhadap pelbagai mata wang lain.

Pemenang

Dalam perkembangan lain kelembapan harga minyak, dua kebakaran berlaku pada hujung minggu di kilang penapisan di Ohio dan Pennsylvania, yang kini tidak akan dapat memproses aliran biasa minyak mentah.

Kartel negara-negara pengeluar minyak ', Opec, cenderung untuk bertindak balas kepada kejatuhan harga dengan mengurangkan pengeluaran, satu langkah yang biasanya meningkatkan harga.

Walau bagaimanapun, pada mesyuarat terbaru yang diadakan baru-baru ini pada bulan November, kumpulan itu gagal bersetuju mengenai potongan harga, dengan negara yang dominan menghasilkan, Arab Saudi, lebih suka untuk mengekalkan pengeluaran minyak semasa.

Dalam pada itu, Venezuela berkata dalam satu kenyataan pada Ahad, negara berkenaan bersetuju dengan Arab Saudi untuk memulihkan semula pasaran dan harga minyak menerusi “dasar-dasar negara” di antara kedua-dua negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak memberikan sebarang butiran bagaimana perkara ini dicapai dan akan menandakan perubahan dalam dasar bagi pengeluar minyak terbesar di dunia, yang mengabaikan rayuan daripada ahli-ahi Opec untuk mengurangkan kejatuhan harga minyak.


Ular Sawa Baham Rusa di Taman Rusa UTM Skudai



Johor Bahru, 11 Jan: Seekor rusa yang diletakkan di Taman Rusa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor telah menjadi makanan seekor ular sawa sepanjang empat meter pada malam tadi.

Kejadian tersebut disedari oleh kakitangan ladang berkenaan pada pagi tadi yang telah melaporkan kejadian tersebut kepada Pengurus Taman, Mohd Sum.

Menurut Mohd Sum, dia telah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) bagi menguruskan ular tersebut.

Ketua Operasi JPAM, Noor Mohd Sufian berkata pihaknya telah menerima laporan pada jam 9 pagi dan kemudian bergegas ke tempat kejadian bersama empat anggota lain.

Pasukan kami tiba di lokasi pada 9.15 pagi dan berjaya menangkap ular berkenaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Berikut adalah gambar-gambar kejadian





QZ8501: Kotak Hitam Ditemui



PENKALAN BUN: Susulan penemuan ekor pesawat AirAsia sebelum ini telah menemuikan kotak hitam pesawat itu yang dicari-cari selama ini oleh pihak penyelam TNI.

BACA: Kotak Hitam Airasia QZ8501 Ditemui 1KM dari Lokasi Ekor Pesawat

Kotak hitam yang terdapat perakam data penerbangan pesawat AirAsia QZ8501 itu akan diterbangkan ke Jakarta untuk dianalisis


“Perakam data penerbangan telah ditemui dalam keadaan baik dan akan dihantar ke kota Jakarta”kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang akhbar, Isnin.

Kotak hitam itu ditemui di bawah sayap pesawat malang Airbus 320-200 yang terhempas pada 28 Disember di Laut Jawa 1 kilometer dari ekor pesawat yang merupakan kedudukan asal kotak hitam tersebut

Kucing Hijau Misteri Bulgaria Telah Bertukar Ke Warna Asal



Ingatkah anda kami pernah siarkan di Page Facebook Siakapkeli satu video dimana penduduk bandar pelancongan terkenal, Varna, Bulgaria gempar tentang kemungkinan kehadiran spesis baru kucing berwarna hijau misteri.

Sebenarnya kucing tersebut bukan la spesis baka baru kerana warna hijau tersebut adalah warna ia adalah warna cat berikutan tempat tidur kucing tersebut adalah di kawasan yang mengandungi lebihan cat di tapak pembinaan.


Misteri ini telah berjaya dirungkai oleh beberapa orang aktivis pencinta haiwan yang telah menjejaki kucing tersebut selepas video tentang kucing itu disebarkan.

Mereka yang berjaya menjejaki kucing tersebut telah mengenalpasti warna di bulunya adalah bukan warna sebenar dan membersihkannya.


Bagaimanapun warn hijau itu masih sikit kelihatan dan kerana sudah terlalu lama kering di bulu kucing berkenaan.

Kisah Sebenar Disebalik Murid Beg Sekolah Kotak


KUALA LUMPUR: Dek kerana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini, satu gambar seorang murid sekolah yang menggalas beg kotak yang menjadi viral di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp baru-baru ini di salah ertikan.


Gambar murid itu disalah ertikan dengan mengatakan murid tersebut adalah salah seorang mangsa banjir yang berada dalam kesimpitan sehingga terpaksa menjadikan kotak air minuman sebagai beg sekolahnya. Lebih dasyat lagi, ada yang mengaitkan gambar terbabit dengan kelemahan pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.

Tetapi seorang pengguna Facebook, Rozali Salleh, tampil memberikan kisah sebenar disebalik gambar tersebut. Menurut Rozali Salleh, gambar itu sebenarnya diambil pada hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah di Sabah. Pada hari tersebut, pihak sekolah mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Murid yang membawa beg kotak itu sebenarnya menggunakan kreativitinya untuk membawa stok susu terbabit dengan menjadikannya sebuah beg dengan menggunakan tali rafia.

Gambar ini diambil semasa hari terakhir penggal persekolahan di sebuah sekolah dalam daerah Pensiangan, Sabah. Memandangkan sekolah bakal berakhir, guru-guru mengedarkan stok susu sekolah kepada pelajar. Oleh kerana pelajar ini tiada bekas untuk membawa susu tersebut pulang maka dengan kreativitinya sendiri dia menggunakan kotak tersebut dan menggunakan tali rafia untuk menyandang beg tersebut." terang Rozali pada kemaskini facebooknya.


Apa-apa pun kudos kepada adik ini kerana tersangat kreatif. Walaupun masih kecil, adik ini sudah menunjukkan kemampuannya berfikir di luar kotak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...