Saturday, March 26, 2011

Pantun jenaka

Enjit enjit semut,
Siapa sakit naik atas,
Kalau memang dah kemut,
Ade kereta, naik bas.

Tom-tom bak,
Mak yong de deh,
Berhutang selambak,
Time bayar, pedih.

Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,
Bila dah empat, ha!! tak terjaga.

Lat tali lat,
Lai li tam plom,
Gaji beribu angkanya empat,
Zakat dah bayar ke, belum.

Lagu tiga kupang,
Saku penuh padi,
Bila frust gaji kurang,
Cari duit lebih kat meja judi.

Air pasang dalam,
Surut pukul lima,
Date ngan balak sampai tengah malam,
Bila dah kena cekup, tegak bulu roma.

Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Race haram sampai ke pagi,
Kalau mati, tak sempat mengucap.

Twinkle-tewinkle little star,
How I wonder what you are,
Time mabuk, anak dibagi penampar,
Dah tua sok, padan muka.terbiar.

Anak itik tok wi,
Mandi dalam kolam,
Kecik-kecik tak ndak belajar ngaji,
Baru aje nak tobat, dah padam.

Calon angkasawan negara

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.



Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...