KUALA LUMPUR, 28 Jun:

Azwan Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi, tetapi kali ini malu sendiri kerana tersalah mentafsir komen dari seorang pengikutnya di Twitter.
Selebriti itu membuat posting di Twitter, bertanyakan pengikutnya restoran terbaik untuk berbuka puasa.
“Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?,” soal Azwan dalam laman Twitternya.
Twitnya itu mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab “menate”.
Tersalah tafsir jawapan itu, selebriti dan bekas hos televisyen terus menyerang dan menghina pengikutnya.
“Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?” tulis Azwan.
Nasib baik @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama “menate” dan bukan mengutuk, “Maksud saya Steak House Menate.”
Salah faham itu mendapat perhatian dan reaksi dari netizen lain selepas @NurAziraWA memuat naik ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu.
Seorang pengguna twitter, @farraysmine berkata: “Haha kelakar dan memalukan.”
Sementara itu seorang pengguna, @jepmansor, memberi nasihat supaya berkata dengan lebih jelas dengan selebriti yang keliru itu: “Tak pasal dapat maki hamun. Dik, kalau nak tegur diva tu kena lebih detail tau. Kita paham awak innocent.”
Me’nate Steak Hub merupakan restoran khusus menyediakan makanan barat yang halal dan terletak di Ampang.
Selepas ‘screen shot’ perbualan @NurAziraWA dengan Azwan Ali menjadi viral, beliau menerima pesanan ringkas peribadi daripada pemilik Me’nate Steak Hub, Mustaffa Othman yang menjemput beliau dan keluarga untuk makan di restoran mereka secara percuma.
Screenshot tweet azwan
‘Screen shot’ perbualan @NurAziraWA dengan Azwan Ali.