Tuesday, June 23, 2015

PERMAINAN BEST ZAMAN 90-AN

Salam. Hari ini tetiba AA tergerak hati pula nak ajak korang semua imbas balik nostalgia, apa benda/game yang paling femes pada tahun 90an !!
Saje nak bagi korang menangis dan teringat balik zaman muda-muda dulu . Bhahaha

Okay, here we gooooooooooo...!!



Permainan Bingo..... Siapa paling cepat isi tempat kosong, dia menang!
 Lumba-lumba kapal......... Pilih longkang yang air laju beb!


 Tag nama guna benang (hanya boleh 2 warna) dan gantung kat beg.... Bapak riak time ni. Haha


Tarik bola ............

 Enjit- enjit semut woii......

 Main laser..........
 Main bola kertas...... Daya tumpuan amat di perlukan main benda alah ni. kehkeh


Main tutup botol..........
 Brick Game... Menemaniku di kala bosan-bosan !

Main Dadu Ular.... Gigih laa nak sampai paling atas !

 Game apa eh? Kena sampai ke garisan penamat dan tak boleh gostan. Haha


Of course semua orang pernah main........

Den suka main benda alah ni...... Tiup kat rambut budak.. Kehkeh

Apa eh nama dia? Err.. Yang pasti benda alah ni kita kena tiup ,buat belon dan tak boleh biar angin keluar



Main Tape Kaset.. Tarik panjang2 dan ikat kaki member. Kejam gila den dulu !
 

 Main Sticker.......... Zaman kegemilangan Dragon Ball woii


Drawing........... Punyalah jakun AA dulu main minatang ni. Haha


Main kad..........

 Main gegelung .........  Berebut dengan adik beradik nak main benda ni dulu... 

 Main guli...................

 Main tenung- tenung mata... Siapa kelip mata dia kalah. Hehe


Punch Bag Doraemon.... Ingat? Alaa bwh tapak dia macam ada pasir dan sentiasa tegak je minatang ni

 Main Jet Pejuang....... Budak laki gemar main benda alah ni. Haha

 Tora datang lagi ...!  Haha


Main Salji-salji... Gesek benda  alah ni kat pokok/batu. Best habaq hang !


Kalau beli cekedis, sure akan dapat... Kapal Sambung-sambung


 Main getah..... Legend !!
 Main Nama-Nama Negara........... Salah seorang diberi giliran untuk pilih abjad.


 Main Buka-Katup?? Entah lupo..... Lawak siut main benda alah nii
 Main bakar-bakar mancis... 


Main Gigi Drakula.......... Malam-malam utk takutkan orang. haha


 Main Lego.......



Main Tin Milo............ AA pernah tergolek main benda alah ni. Kehkeh


Main tukar-tukar KAD NAMA... Dulu, memang popular benda alah ni. Ada gambar Shah Rukh Khan la, Hello Kitty la.....
 Kumpul Robot Askar..............

Main Bebola Keluli dalam pembaris...... Best !
 Main Piring Terbang..............

Main Pistol Air........

Main Tembak Dinding..................

Main Pemadam........... Macam2 negara ada. Pilih jangan tak pilih ! Haha 



Main Pedajal "tulis" dan lekatkan kat belakang baju member...Haha


Main Gegelung/Spring......................
 Main Tenteng............................


Main Titik......... Buku Math amatlah diperlukan time ni dulu. Kehkeh
Main Topeng.... Lekatkan kertas dekat belon dan pecahkan... Haha


Main Angkat Angkat.................. Siapa paling ringan, dia jadi mangsa di angkat oleh 4 orang. Den dulu badan kecik, best woo kena angkat, Haha
 Main lastik..................



Dan, permainan 90an yang paling legend ialah...........................

Baling Selipar............
 Baling Tin.....................

Main Konda-Kondi/ Catuk Ayam.........................



Amacam ?? haaa,mesti korang tengah senyum-senyum kambing sekarang ni kann. Al maklumlah...Teringat balik zaman-zaman innocent dulu. Haha. 
Actually banyak lagi nak senaraikan ni. Tapi kang sampai besok plak tak abis .So, amik je yang ini dulu ya.
Game mana paling best? Rasanya semua kut. Okay lah. Wa chow dulu. Kbai.

Monday, June 22, 2015

Boleh ke berbekam ketika berpuasa?

bekam



"BOLEH ke berbekam ketika puasa? Tak batal puasa ke?" tanya seorang rakan kepada penulis ketika menyatakan hasrat untuk berbekam.
Pada awalnya penulis juga ragu-ragu dan mempunyai persepsi yang sama. Perkara yang dibimbangi mungkin rawatan itu akan menjejaskan ibadah puasa kerana darah akan keluar menerusi titik-titik rawatan itu.

Berbekam ketika puasa lebih baik 
     
Persepsi itu sememangnya sering berlaku dan dibangkitkan kebanyakan orang yang ingin mendapatkan rawatan bekam kerana tidak mengetahui kebaikannya, menurut Pemilik Pusat Terapi Bekam Sunah Saujana Utama, Sungai Buloh, Suhaimi Abdul Karim.
Soalan yang biasa ditanya tentang hukum berbekam ketika puasa sama ada batal atau tidak.
Ini kerana rawatan sunnah itu masih belum meluas dalam kalangan masyarakat hingga membuatkan pelbagai persepsi timbul.
"Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit", katanya menjelaskan perkara itu.
Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.
Malah katanya rawatan bekam yang dilakukan ketika berpuasa mempunyai kesan yang lebih baik berbanding ketika tidak berpuasa kerana dapat mengeluarkan toksin dalam darah mati secara lebih aktif.
Ia terjadi kerana ketika perut kosong setelah bersahur pada awal pagi akan menjadikan darah dalam keadaan lebih rehat untuk memudahkan proses pengeluaran toksin-toksin yang berkumpul dalam sel darah mati.
"Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.       

"Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit. Jadi manfaatnya kepada kesihatan akan lebih", katanya kepada Bernama.
     
     
 Waktu pagi paling sesuai     

Suhaimi berkata waktu paling sesuai untuk berbekam ketika berpuasa ialah pada waktu pagi bermula pukul 7.00 hingga 11.00 pagi. Tidak digalakkan berbekam selepas pukul 12 tengah hari bagi mengelakkan risiko terutama pengsan.
"Selepas tengah hari, kandungan gula dalam darah akan menurun. Darah yang keluar banyak ketika rawatan itu boleh mengundang risiko pitam atau pengsan.
"Namun kadar risiko pengsan mereka yang melakukan rawatan bekam lebih rendah berbanding mereka yang menderma darah. Oleh itu bagi mereka yang berpuasa menderma darah dilakukan pada waktu malam", katanya.
Bagaimanapun ada juga yang tetap ingin melakukan rawatan bekam pada waktu petang. Ini kerana menurut Ibnu Sina yang merupakan pakar sains Islam, rawatan bekam yang paling sesuai dilakukan adalah sekitar pukul 3 petang kerana ketika itu cuaca panas dan saluran darah akan mengembang, memudahkan untuk mengeluarkan darah pada urat-urat kecil di bawah kulit berbanding waktu pagi.
Namun katanya bagi mengelakkan risiko, beliau akan mengurangkan cucukan jarum pada setiap titik bekam daripada 30 cucukan kepada antara 10 dan 15 sahaja.  
     
Yakin berbekam ketika berpuasa  

Seorang daripada yang mengamalkan rawatan bekam ketika berpuasa ialah Osman Sulaiman, 64, yang sering menghadapi bengkak di kaki selain lesu di badan.
Pada awalnya beliau turut ragu-ragu untuk berbekam pada bulan puasa kerana dibimbangi boleh membatalkan puasa.
"Setelah membaca hukum yang diputuskan tentang amalan berbekam, baharu saya tahu dan yakin untuk berbekam", katanya yang dihubungi Bernama.
Beliau berbekam setiap tiga bulan, sejak tahun lepas setelah diberitahu oleh rakannya kebaikan perubatan tersebut yang mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
"Bila sekali cuba, terasa badan ringan dan sihat. Jika bulan puasa saya lakukan pada waktu pagi sekitar pukul 10 pagi. Tidak ada perbezaan pun ketika berbekam bukan waktu puasa dan ketika bulan puasa.
"Alhamdulillah bengkak pada kaki saya juga semakin sembuh dan mudah untuk saya beribadat ketika bulan Ramadan", katanya.      
     
Rawatan untuk pelbagai penyakit    
     
Menjelaskan kebaikan rawatan bekam, Suhaimi berkata selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun tidak semua darah itu akan dapat dikeluarkan.
Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.
Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan urik asid, urea dan toksin.
Apabila sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk, katanya.
Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan beragama Islam, tetapi juga kaum lain yang semakin mengetahui kebaikan berbekam.
"Ramai pesakit saya yang datang adalah dari kaum India dan Cina. Ia bukan untuk orang Islam sahaja. Semua orang boleh mendapatkan rawatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk seluruh umat", ujar Suhaimi yang berharap rawatan

Makanan Paling Sedap Ketika Berbuka Puasa

Makanan paling wajib dicari ketika bulan puasa. Huh buat tekak dan perot ini cepat lapar bila melihat gambar makanan ketika sedang puasa hehehe 



1.MURTABAK




2.NASI LEMAK




3.LAKSA




4.CENDOL




5.AYAM GOLEK




6.BANDUNG CINCAU




7.KAMBING PANGGANG SOS BLACKPAPER




8.NASI TOMATO




9.MEE BANDUNG MUAR




10. JUS BUAH GELAS BESAR




11.ROTI JOHN




12. SATE




13.KUIH MUIH



Sunday, June 21, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Doa Niat Puasa Ramadhan

Doa niat puasa Ramadhan selama sebulan dan lafaz niat harian. 

Marhaban Ya Ramadhan, saatnya telah datang bagi kaum muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadah berpuasa di bulan suci Ramadhan. Bagaimana persiapan Anda untuk menghadapinya, apakah Anda telah menyiapkan segala sesuatunya dengan sempurna termasuk dengan niatnya?

Sedianya puasa adalah merupakan ajang bagi kaum muslimin untuk semakin meningkatkan ibadah serta lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, mengapa demikian?. Berikut adalah beberapa alasannya:

Pertama, bulan Ramadhan adalah bulan yang spesial karena pada bulan ini Al-Qur'an diturunkan pertama kalinya. Dan yang lebih istimewanya lagi, selain kitab suci umat Islam ini, kitab-kitab suci lainnya juga diturunkan pada bulan yang sama.

Kedua, puasa di bulan Ramadhan adalah wajib hukumnya bagi semua umat muslim di dunia selama satu bulan penuh. Keistimewaan Ramadhan juga diperkuat oleh Al-Qur'an yang hanya menyebutkan Ramadhan sebagai satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Qur'an. (QS al-Baqarah [2]: 185).

Ketiga, bulan Ramadhan adalah bulan di mana malaikat Jibril menemui Nabi SAW dan mengajaknya bertadarus bersama dari awal hingga akhir.

Keempat, Ramadhan adalah bulan suci dimana semua pintu berkah dan segala rahmat serta kebaikan dibuka selebar-lebarnya kepada kaum muslimin yang bertakwa.

Kelima, Allah menjanjikan syurga kepada hambanya yang berpuasa di bulan Ramadhan hanya semata-mata karena iman dan mengharapkan keridhoan dari-Nya. 

Keenam, bulan Ramadhan sedianya menjadi bulan dimana umat Islam dianjurkan untuk membelanjakan hartanya di jalan kebaikan serta memperbanyak bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang tidak mampu.

Ketujuh, shaum atau berpuasa pada hakikatnya adalah guna melatih diri untuk menjadi manusia yang lebih bertakwa dan jauh lebih baik lagi. Hal ini dikarenakan kita dituntut untuk senantiasa bersikap sabar, berperilaku bijak dan mampu menahan segala emosi disamping juga menahan lapar dan dahaga di bulan suci ini. 

Kedelapan, hanya di bulan Ramadhan-lah setiap kebaikan dan ibadah akan dilipat gandakan pahalanya.

Kesembilan, bulan Ramadhan ditutup dengan hadirnya Idul Fitri. Inilah Hari Kemenangan bagi seluruh umat Islam karena pada hari inilah datangnya kegembiraan serta kebahagiaan setelah satu bulan penuh menjalankan ibadah puasa.

Beberapa niat berpuasa ini bisa dilakukan dimana saja dan dapat dipilih yang mana saja selama memenuhi syarat-syarat sah niat berpuasa. Jika untuk niat puasa sebulan penuh adalah dilakukan pada awal bulan puasa yang langsung dirangkap (niatnya) untuk berpuasa selama sebulan. 

Adapun beberapa sumber yang menjadi sumber rujukan atau referensi dari artikel yang berjudul Doa niat puasa Ramadhan selama sebulan dan lafaz niat harian ini beberapa diantaranya merujuk dari wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa) serta beberapa sumber dari berbagai media yang bisa dipercaya.


Dan tibalah kini kita di bulan suci Ramadhan dimana begitu banyak keberkahan serta limpahan segala kebaikan dari Allah bagi seluruh umat muslim di dunia yang menjalankan ibadah puasa. Dan sungguhlah sebuah kesempatan besar serta keberuntungan apabila kita dipertemukan kembali dengan bulan suci Ramadhan yang sejatinya kesempatan ini tidak di sia-siakan sebagaimana firman Allah SWT:

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
“ Jika telah masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu langit, dan tertutup pintu-pintu neraka jahannam, serta syaitan-syaitan dibelenggu”

  • Bacaan doa niat puasa Ramadhan sebulan:


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillaahi ta’aalaa
"Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala"

  • Bacaan doa niat puasa Ramadhan harian:


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala

"Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Taala".

Demikianlah sedikit sharing yang bisa saya berikan pada artikel bacaan niat puasa Ramadhan selama sebulan dan lafaz niat harian kali ini dan semoga ada manfaatnya bagi para pembaca dan semoga juga puasa kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...