Thursday, December 11, 2014

Kepada Korang Yang Malas Cuci Muka,Selepas Melihat Video Ini Mungkin Korang Akan Berubah...



Sebelum anda semua menonton video ini, ingin penulis ingatkan anda mungkin berasa loya akibat mononton ini.

Ini satu video mengenai ‘deritanya’ seorang lelaki yang mungkin agak malas untuk mencuci mukanya setiap hari.

Menjaga wajah atau bahagian muka adalah penting untuk mengelakkan terjadinya kulit yang rosak.
Wajah yang sering tidak dibersihkan akan mudah menyebabkan timbulnya jerawat yang benanah teruk mahu pun akan menimbulkan ‘black head’ atau ‘white head’.

Kalau wajah yang sudah berjerawat dan mempunyai dua ‘head’ ini, bila dikorek, pasti akan meninggalkan kesan atau lubang yang teruk pada wajah.

Jadi, biasakanlah diri untuk menjaga wajah kita. Kalau terlalu malas untuk memakai produk-produk seperti toner atau pelembap muka, paling tidak pun pakailah pencuci muka untuk membersihkan wajah kita.

Kalau tidak, tanggunglah ‘derita’ seperti lelaki dalam video ini.

Sudah bersedia nak tonton?



Monday, December 8, 2014

10 Haiwan Pelik Dari Dasar Laut Yang Tak Pernah Anda Lihat

Pernahkah anda dengar nama Sotong Pontianak? Bagaimana pula dengan Cacing Pokok Krismas, Khinzir Laut, Goblin Shark, Blob Fish? Jom tonton makhluk-makhluk aneh di dasar lautan ini...

VIDEO SENARAI 10 MAKHLUK PELIK DASAR LAUT... 

VIDEO Seram POCONG Ganggu Pelatih TLDM Menjalani Latihan

Pehh seram!! Hanya berpandukan tali dan berjalan dalam keadaan gelap gelita di dalam hutan. Tapi boleh jadi geram. Sesetangah orang bila berlaku keadaan begini akan timbul perasaan marah. Dalam video ini, geli hati pun ada, boleh terkencing dalam seluar ni. Macam - macam ayat keluar Atok saya tak salah, ada yang baca Ayat Kursi berterabur, dan ada yang laungkan AZAN..Macam2. menjerit pun ada..huhu dah macam kene sampuk hantu dah aku tengok.

Korang lihatla sendiri VIDEO ni dan nyatakan pendapat korang di Om-fabulous.

Waspada Teknik Penipuan Duit RM5 Terkini

Anda pernah mengalami situasi seperti ini? Terkeliru dan tertipu dengan duit baki anda? Atau jika anda peniaga, tertipu dengan duit belian yang diterima? Biasanya peniaga yang akan jumpa wang kertas seperti ini. Manusia jika dah terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Manusia kalau nak menipu, macam-macam cara ada.


Yang ni taktik terbaru memperdayakan peniaga apabila not wang kertas RM 1. Mujur ada yang peka dan perasan. Kalau tengok sepintas memang ingat duit RM5 sebab warna hampir sama. Ini yang dipesan oleh peniaga yang menjadi mangsa penipuan ini. “Semua peniaga dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik licik pembeli. Terdapat peniaga yang hampir terkena.


Wang diberikan pembeli kelihatan seperti wang kertas RM5 tetapi rupa-rupanya adalah wang RM1. Jika anda terjumpa wang seperti ini sila laporkan kepada pihak yang betanggungjawab agar tidak berlaku sebarang penipuan dalam urusan jual beli

9 Cara Mudah Buat Perut Six Pack Di Rumah

Memperoleh perut six pax bukan sahaja idaman lelaki waktu kini, tetapi turut menjadi impian wanita. Entah kenapa, tapi memang mereka perempuan pun nak perut six pack. Mungkin nak kelihatan kurus dan slim kot. Wallahualam. Tapi apapun, Om-Fabulous ingin berkongsikan 9 cara mudah untuk sesiapa sahaja untuk memperoleh perut six pack dalam tempoh kurang sebulan.. InsyaAllah.. Tak payah susah-susah nak ke gym lagik. Lihat Di bawah.. Cuma perlukan displin sahaja.










Misteri Pembunuhan Penyanyi Along Spoon Akhirnya Terbongkar

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui cerita sebenar misteri pembunuhan Along Spoon. Sedar atau tidak, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua.


Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.

Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”.

Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku.

Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk membuat research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.

Bercerita mengenai karier, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.

Namun pada 25 Disember 1999 , Di kala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini.

Akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..

Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah.

Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.

Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri.

Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama

Ciuman pertama biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus membahagiakan. Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma menghembuskan nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan teman lelakinya, Daniel Ross, 21.

Gambar Hiasan sahaja
Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales. Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari Daily Mail. 


Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai, mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu," jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir. Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan. 

Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK setiap tahun. Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil sindrom kematian mendadak arrhythmic. 

Ini terjadi akibat gangguan irama jantung, yang lebih mempengaruhi fungsi elektrik pada organ, daripada gangguan struktur jantung itu sendiri. Itulah mengapa hanya dapat dikesan pada saat seseorang hidup, bukan setelah kematian. Kesalahan aliran elektrik pada jantung disebabkan oleh kecacatan pada DNA, yang boleh diwariskan. "Ibunya", Charlotte Garwood, berkata, Jemma adalah anak yang sangat cergas semasa hidup. Selain atlet hoki, Jenna juga seorang perenang jarak jauh. "Itu gambaran kesihatannya. Dan, hanya dalam satu minit ia diambil dari saya. Saya sangat merindukannya," jelas si ibu. via Diarishare.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...