Wednesday, February 25, 2015

Gadis Cantik UITM, Nursyuhada Menolak Cinta Punca Dikelar

Bahayanya cinta, itu lah yang mampu penulis ungkapkan tentang kisah ‘Gadis Cantik UITM, Nursyuhada Mangsa Kelar Kerana Cinta‘ telah mendapat perhatian dari seluruh dunia khususnya Malaysia. Namun apa yang dikesalkan kejadian tersebut merupakan perkara yang paling digeruni oleh wanita diluar sana.
Yelar kan, sebelum ini pernah timbul isu tersebut namun berlainan mangsa antaranya ‘Nur Syafiqa Lah Kongsi Cerita Saat Dipukul Dan Ditoreh‘ dan ‘Video Terbaru Nur Syafiqah Lah – Mangsa Kelar dan Samun‘. Tragedi tersebut juga telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak, namun syukur kini ‘Nur Syafiqah Lah Mangsa Rompak Dan Toreh Selamat Bernikah‘.
Belum lagi reda isu kematian Nursyuhada Johari yang dikelar oleh seorang rakan lelakinya. Kali ini, dikongsikan pula kisah sebenar disebalik kejadian tersebut yang mana diceritakan sendiri oleh bapa mangsa. Boleh dikatakan punca sebenar kejadian ialah kerana menolak cinta atau lebih dikenali sebagai cinta tidak terbalas, alahai macam-macam dunia sekarang. Hum!
Anak saya diganggu sejak Tingkatan Lima – Bapa
JITRA: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.
Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.
Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.
nursyuhada mangsa kelar
“Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.
“Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,”
Nursyuhada Gadis Cantik UITM Menolak Cinta Punca Dikelar
Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.
Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya. Malah, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba dan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.
“Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.
“Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya,”
Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada. Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.
Nursyuhada Gadis Cantik UITM Menolak Cinta Punca Dikelar2
Sedih mendengar luahan dari bapa mangsa yang kali terakhir bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus. Nursyuhada merupakan seorang yang baik akhlaknya menerusi artikel ini ‘Pendedahan Sikap Sebenar Nursyuhada Mangsa Kelar‘, sayang seribu kali sayang Nursyuhada mati secara mengejut.
Syukur ‘Suspek Kelar Gadis Cantik UITM Nursyuhada Ditahan Reman‘ dan penulis berharap suspek menerima hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap arwah Nursyuhada. Al-Fatihah untuk mangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...