| DIPENJARA ... Awang Ajis (kiri), Awang Binting (tengah) bersama peguam mereka Ram Singh. | 1st November, 2011KOTA KINABALU: Syarikat Gemilang Mirza didenda RM3 juta manakala dua pengarahnya dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tiga tuduhan menerima deposit dari orang awam tanpa lesen yang sah. Timbalan Pendaftaran Mahkamah tinggi, Zaini Fishir @ Fisal, yang duduk sebagai Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujah dan bukti dari pendakwa dan peguam Ram Singh yang mewakili Awang Binting Pengiran Mat Salleh dan adiknya Awang Ajis, yang mendapati pendakwaan telah membuktikan kes mereka tanpa keraguan . Pada Februari tahun ini, Zaini mengarahkan kedua-dua tertuduh dan syarikat itu untuk membela diri atas tiga dakwaan menerima deposit dari orang awam tanpa lesen sah di bawah Seksyen Section 6 (4) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA)1989 (Akta 372). Ketiga-tiga dakwaan diba- wa BAFIA mendakwa Awang Binting,48, Awang Ajis, 32, dan syarikatnya melakukan kesalahan itu antara 15 April 2008 dan 13 Jan tahun lalu di Lot 14, Block C, Papar Century Plaza di Papar. Setiap dari dakwaan itu di bawah Seksyen (1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 (Akta 372),dibaca bersama dengan Seksyen 106 (1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) Akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua0-duanya sekali. Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan untuk Awang Binting Pengiran Mat Salleh dan adiknya Awang Ajis untuk mendapatkan sebarang rawa- tan dan juga rayuan. “Sekiranya tidak ada rayuan dari kedua-dua mereka (Awang Binting dan Awang Ajis) hendaklah menyerah diri kepada mahkamah dan jika gagal berbuat demikian ikat jamin mereka akan dirampas oleh kerajaan,” katanya. Awang Binting dan Awang Ajis dibebaskan dengan ikat jaminRM100,000 sama ada menggunakan wang tunai atau geran tanah dengan dua orang penjamin rakyat tempatan. Sebelum ini,, Awang Binting Pengiran Mat Salleh dibebas dan dilepaskan dari dakwaan 11 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM377,048.06 dari kegiatan perniagaan haram selepas Zaini membuat keputusan bahawa pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Awang Binting ke atas semua dakwaan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Anti Penggubahan Wang Haram dan Anti Kewangan Pengganas (AMLATF) 2001. Dalam rayuannya, peguam Ram Sing berkata ini adalah kesalahan pertama bagi tertuduh kecuali bagi Awang Binting yang pernah di penjara dua minggu kerana kesalahan di bawah Kanun kesiksaan. Bagaimanapun, Ram Sigh berkata kedua-dua mereka telah memberikan kerjasama penuh dengan polis dan tidak pernah gagal hadir dalam perbicaraan kecuali dalam satu kejadian pada 25 Sept, di ma- na tertuduh menerima rawatan oleh dua perunding psikiatri. Peguam itu juga memberitahu mahkamah bahawa dari rawatan dan pemeriksaan terhadap Awang Binting menunjukkan mendedahkan dia mempunyai simptom tekanan jiwa yang sederhana yang memerlukan dia mendapatkan rawatan lebih 12 bulan. Bagi Awang Ajis, Ram Sing berkata dia juga menerima rawatan yang sama oleh seorang pakar psikiatri yang lain sejak 6 Ogos dan rawatan susulannnya pada 14 Nov. Ram Sing juga memberitahu Awang Ajis juga didiagnosis sering terkejut (panik) dan perlu mendapatkan rawa- tan sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan. Peguam bela itu juga memohon hukuman ringan dikenakan kerana dia hanya menerima deposit dan pendeposit juga membeli produk kesihatan daripadanya. Bagaimanapun pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat untuk menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kegiatan haram seperti itu. Mereka juga meminta mahkamah untuk membuat pertimbangan jumlah deposit yang diterima RM680 ribu dari 30 pendeposit yang diwawancara semasa siasatan. Pendakwaan berkata ianya mungkin lebih dari jumlah itu tetapi penyiasatan hanya men- yiasat 30 pelabur dan mereka telah membuktikannya. Pegawai Pendakwa Alvin Ong dan Fahmi Abd Moin bertindak sebagai pendakwa dari Bank Negara. |