Tuesday, November 1, 2011

Petua kesihatan seksual


Petua Lelaki Untuk Melambatkan Pancutan Air Mani
Ambil segengam akar pinang muda (2 tahun ke bawah), rebuskan bersama segengam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah, selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk. Tapis dengan kain dan embunkan semalaman. Sebelum diminum digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau. Amalkan sehari sebelum berjimak.



Seks Yang Memuaskan Untuk Awet Muda
Menurut buku “Taoist Secnets of Healing”, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah, akan melambatkan proses menjadi tua. Menurutnya, jika diperhatikan wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Itulah tanda-tanda bahawa wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.




Makanan Untuk Meningkatkan Keupayaan Seks Lelaki
• Telur Ayam Kampung
• Belut
• Madu
• Herba Tongkat Ali
• Ginseng


Petua Untuk Lelaki - Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur, darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...