Menerusi laporan berita yang memaklumkan, 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan harga di pasaran
Perkara ini berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi “aku janji” dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Tambah laporan itu lagi, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama
Mengenainya, pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Menariknya, laporan turut mengatakan, petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Berikut adalah senarai jenis model kereta yang mencatatkan penurunan peratusan harga di pasaran setakat ini:
Model | Peratus harga turun |
---|---|
Peugeot 308 | 11 % |
Volkswagen Golf | 7.1 % |
Perodua Viva | 5.4 % |
Perodua Myvi | 4 % |
Proton Pesona | 3.8 % |
Perodua Alza | 3.4 % |
Proton Preve | 3 % |
Honda Jazz Hibrid | 2.5 % |
Proton Saga | 1.1 % |
Proton Exora | 0.7 % |
No comments:
Post a Comment