Monday, December 8, 2014

Hati-Hati Jika Hantar Kucing Ke Pusat Penjagaan Kucing

Jika sebelum ini sudah terdapat desas-desus yang tidak berapa elok mengenai pusat jagaan kucing, Omiey Home, hari ini, tuan kepada pusat jagaan kucing tersebut telah didenda sebanyak RM800 manakala seorang pekerjanya Helmy Jazman pula dikenakan denda RM 300 kerana mengabaikan 17 ekor kucing sehingga 4 daripadanya mati.


Menurut laporan, kucing-kucing tersebut mati setelah dijangkiti virus dan kekurangan zat – zat makanan dalam tempoh yang lama. “Laporan juga menunjukkan pemilik itu gagal menyediakan tempat tinggal yang baik kepada 200 ekor kucing lain yang turut di bawah pusat jagaan itu, selain kelihatan kurus dan lemah,” kata Pegawai Pendakwa Haizah Musa dari Jabatan Veterinar, memetik laporan dari Bernama. 

Norhazlin bagaimanapun menyatakan perkara tersebut adalah diluar kawalannya kerana pusat jagaannya menerima kucing yang kebanyakannya cacat dan juga berpenyakit. “Saya hanya melakukan apa yang termampu dengan peruntukan sedia ada kerana pusat jagaan hanya mengenakan bayaran serendah RM50 seekor (kepada kucing) yang dihantar orang ramai.”, katanya. 

Menurutnya lagi dengan peruntukan yang diterima itulah yang diguna untuk membeli segala kemudahan termasuk makanan, ubat, tempat tinggal, berserta dengan kos menggaji dua pekerja. Berikut merupakan luahan masyarakat Facebook. via matabulat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...