Monday, April 4, 2011

Tips perniagaan : Apabila Tauke Menjadi Taugeh


Tahukah anda kebanyakan mereka yang gagal dalam perniagaan adalah mereka yang hanya mempelajari bagaimana bergelar 'tauke' atau 'boss'? Anda mungkin selalu mendengar rakan atau kenalan bercerita hari ini yang dia sudah menjadi 'tauke'. Selepas beberapa ketika kita mendengar 'tauke' tersebut sudah menjadi taugeh. Seperti taugeh, hari ini ditanam, selepas dua ke tiga hari sudah dicantas. Begitulah juga ceritanya 'tauke' yang menjadi taugeh tadi. Tidak sempat mata berkelip, cerita hanya tinggal cerita.

Bagaimana ini berlaku? Ini sebenarnya bermula dengan masalah definisi dan persepsi. Kebanyakan orang mendefinisikan 'tauke' itu sebagai 'boss' atau tuan besar. Apabila sudah mampu memulakan satu perniagaan, maka mereka layak menjadi 'tauke'. Sememangnya gelaran 'tauke' itu sangat besar maknanya pada kredibiliti seseorang. Tetapi apa gunanya jika kesudahan 'tauke' itu akhirnya menjadi taugeh? Apa yang ada pada gelaran?

Tauke yang menjadi pelanggan

Perkara yang paling utama dalam perniagaan adalah jualan. Tiada jualan bermaksud tiada perniagaan. Oleh yang demikian ia adalah perkara yang paling utama dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

Kegagalan utama peniaga ialah gagal membuat jualan yang baik. Mereka gagal membuat jualan kerana mereka gagal mengenalpasti 'bagaimana barang yang dijual itu akan dibeli'. Ini berlaku kerana gagalnya memikirkan bagaimana seorang pelanggan berfikir. Begitu juga apabila gagal menyedari bahawa pelanggan itu adalah nyawa perniagaan. Bukankah wang itu datang dari pelanggan?

Kebanyakan peniaga merungut dengan karenah pelanggan yang cerewet dan meminta yang bukan-bukan. Saya juga kadangkala bersetuju dengan mereka khususnya perihal pelanggan yang mahukan barangan atau perkhidmatan pada harga yang tidak masuk akal. Tapi itulah dia pelanggan.

Oleh itu perlulah seorang 'tauke' itu tahu menjiwai pelanggan. Menjiwai pelanggan akan membolehkan 'tauke' tahu apa yang hendak dijual dan bagaimana hendak menjual serta memperoleh keuntungan. Permintaan boleh wujud sungguhpun tiada penawaran tetapi penawaran tidak akan wujud tanpa ada permintaan. Disinilah kita perlu tahu kuasa permintaan lebih kuat daripada kuasa penawaran. Dan raja kepada permintaan itu adalah pelanggan. Oleh yang demikian, amat perlu bagi 'tauke' untuk tahu bagaimana 'Raja Permintaan' ini berfikir.

Tauke syok sendiri

Salah satu semangat yang ada pada tauke baru yang kurang pengalaman ialah semangat bersaing yang keterlaluan. Masih ramai yang suka hendak bersaing dengan cuba memberikan sesuatu yang terbaik tetapi keterlaluan. Antaranya memberi harga yang terlalu murah atau memberi perkhidmatan dan produk pada kualiti yang berlebihan.

Pelanggan mana yang tak akan akan menyukai perkara ini tetapi mereka tidak akan menyukai lagi apabila perkara tersebut telah tiada. Diwaktu ini, kebanyakan 'tauke' terkial-kial mencari jalan bagaimana hendak menaikkan kembali jumlah pelanggan yang merosot.

Semua orang faham adalah perkara biasa bagi 'tauke' memberikan kuantiti yang lebih dan harga yang murah sebagai strategi memperkenalkan diri. Walaubagaimanapun ianya harus terancang. 'Tauke' harus menarik balik sesuatu dengan mengekalkan sesuatu. Mereka harus memberi sebab mengapa pelanggan tidak perlu mencari yang lain dan masih berbaloi berurusniaga bersama mereka.

Pelanggan ada pilihan tetapi masih boleh membuat mereka tiada pilihan

Ini bukanlah strategi menipu atau menganiaya pelanggan. Ia adalah strategi mempastikan pelanggan sentiasa merasakan berbaloi berurusniaga bersama kita.

Urusniaga sangat banyak berkaitan dengan psikologi manusia. Manusia membeli kerana hatinya setuju membeli. Hati setuju membeli apabila tertarik atas tawaran. Tujuan memberikan sesuatu tawaran menarik adalah untuk menarik perhatian.

Menarik balik tawaran bererti pelanggan akan tidak tertarik. Jadi bagaimana hendak mempastikan mereka sentiasa tertarik untuk berurusniaga?

Disinilah perlunya konsep gantian. Tawaran menarik perlu sentiasa ada sebagai magnet. Gantian pula adalah senjata untuk mempastikan kos terkawal dan ada keuntungan dalam urusniaga. Hakikatnya memang perlu ada gantian kerana pelanggan mudah bosan dengan tawaran yang serupa dalam satu tempoh masa.

Strategi dalam gantian inilah yang harus diperhalusi. Pasaraya besar contohnya menjual ayam panggang pada harga seekor ayam mentah. Itu adalah lebih baik daripada dibiarkan ayam mentah tidak terjual dan tamat tempoh. Adalah lebih baik mendapat pulangan modal daripada rugi terbuang. Lebih rugi bila perlu menambah kos untuk melupuskan bahan buangan.

Hari ini anda memberi diskaun apabila orang membeli nasi goreng. Kemudian apabila harga nasi goreng kembali seperti biasa, anda boleh mengagak, pelanggan akan kurang membeli nasi goreng lagi. Tengok stok anda apakah bahan yang masih tidak terjual. Contohnya stok spaghetti. Jual barangan tersebut pada harga murah. Kemudian letakkan syarat, dengan membeli nasi goreng pada harga biasa, mereka boleh membeli spaghetti pada diskaun 50%. Itu adalah contoh.

Dengan cara ini, anda dapat menghabiskan stok lama dan pada masa yang sama anda sentiasa memberi tawaran menarik kepada pelanggan. Inilah strategi perniagaan yang memerlukan minda yang kreatif dan realistik.

Tiga rahsia memikat hati pelanggan

Tiga perkara ini adalah asas yang paling utama dalam mempastikan pelanggan terpikat dan terikat pada perniagaan kita. Perkara tersebut ialah

1. Pelanggan tidak mahu merasa rugi.

2. Pelanggan mahu terasa untung.

3. Pelanggan selesa pada keadaan yang selamat.

Tiga konsep ini digunakan sebagai sifir utama bagi kumpulan pemasar antarabangsa di seluruh dunia dalam merancang pelan pemasaran mereka. Mereka sentiasa akan mempastikan psikologi pelanggan akan memperoleh salah satu atau lebih daripada tiga asas diatas. Selamat mencuba.

Kesimpulan

Jadilah anda seorang 'tauke' taugeh daripada menjadi tauke macam taugeh. Perniagaan bukan semudah cerita seindah bicara. Perhalusi segala segi sekiranya anda mahukan 9 daripada 10 rezeki anda datang daripada perniagaan. Jikalau tidak perniagaan akan mengambil 9 daripada 10 rezeki anda yang sudah sedia ada. Apabila mahukan 9 daripada 10 rezeki, harus juga usaha anda 9 kali ganda sepertimana ganjarannya.

Satu pepatah arab berbunyi ' al-ilm kan nur fil hidayah' yang bermaksud ilmu itu adalah penyuluh dalam kegelapan. Tuntutlah ilmu perniagaan pada ertikata sebenar. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah perniagaan mudah dan senang. Lebih susah satu perniagaan itu dijalankan, maka lebih mudah perjalanan perniagaan anda dimasa mendatang, kerana apabila lebih sedikit orang yang mampu melakukannya, maka lebih peluang untuk anda memonopoli bidang perniagaan itu dan lebih senang anda beruntung apabila perniagaan telah berakar umbi dan kukuh.

Murid Kena Pukul Meninggal Dunia



Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.
"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya. Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya. Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang. Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

- Alor Setar, 3 April 2011


Fikirkan

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee.. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali

Prolotherapy - Rawatan Unik Yang Berkesan Untuk Sakit Sendi Yang Sedikit Atau Kronik



Sakit lutut atau lebih dikenali ramai sebagai sakit 'Arthritis'adalah suatu penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja baik anak sekolah, orang muda, dewasa ataupun orang-orang tua.

Antara sendi yang kerap terlibat adalah lutut, bahu, siku, pinggang dan tumit kaki serta pergelangan tangan.

Pelbagai faktor, terutamanya sebarang trauma atau stress boleh memberi kecederaan kepada tisu-tisu di sekeliling sendi terutamanya adalah tisu ligamen dan tisu otot. Hanya trauma yang terlalu kuat sahaja boleh memberikan kecederaan kepada tulang-tulang di sendi.

Urutan atau pun menyapu minyak panas adalah amalan biasanya dilakukan apabila kita mendapat sakit sendi. Setelah tiada perubahan dengan berurut maka kebanyakan kita akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Kebiasaanya di klinik doktor akan memeriksa tempat yang sakit dan mungkin mengambil gambar X-Ray. Sekiranya tiada tulang retak atau patah, doktor hanya akan memberikan 'ubat penahan sakit' seperti Voltaren atau Celebrex untuk beberapa hari.

Andainya kesakitan masih berterusan maka anda mungkin dirujuk ke doktor Ortopedik atau pakar tulang. Pemeriksaan M.R.I (Magnetic Resonance Imaging) atau CAT Scan (Computerized Axial Tomography), akan diambil untuk melihat adakah terdapat tulang yang retak atau tisu-tisu yang koyak.

Andainya tiada sebarang kelainan dikesan maka, doktor Ortopedik ini akan menambah preskripsi ubat penahan sakit atau pun memberikan steroid. Kadang-kadang cadangan untuk suntikan Hyalarunic Acid Gel dan seterusnya arthroscopy ataupun pembedahan.

Dalam kebanyakan sakit sendi, tiada kecederaan atau kelainan kepada tulang-tulang di sendi sebab yang menyebabkan kesakitan itu adalah berpunca dari kecederaan ataupun kerosakan yang terjadi kepada tisu-tisu ligamen ataupun otot jadi doktor hanya mampu memberikan ubat–ubat penahan sakit sahaja.

Ubat penahan sakit ini adalah bertindak sebagai anti-inflammatory iaitu memperlahankan atau memberhentikan proses pembaik pulih. Jadi ligamen-ligamen yang rosak atau cedera itu tidak dibaik pulih sepenuhnya dan akan menjadi separa pulih dalam keadaan kendur.

Kekenduran ligamen yang mengikat sendi inilah menyebabkan sendi tidak diikat dengan kuat dan sentiasa bergoyang dan akhirnya setelah beberapa tahun terjadilah keadaan yang dipanggil Osteoarthritis.

Hanya rawatan Prolotherapy sahaja yang mampu merawat semula ligamen yang telah kendur untuk menjadi regang semula bagi mengikat sendi-sendi dengan kuat.

Rawatan Prolotherapy adalah kaedah medical yang mengunakan kaedah suntikan setempat di sendi-sendi yang sakit dengan ubat prolotherapy untuk membaik pulih ligamen atau tendon yang kendur. Kekenduran ligamen inilah yang menyebabkan sendi-sendi tidak diikat dengan kuat dan memyebabkan kesakitan yang kronik.

Ia juga amat berkesan untuk merawat kecederaan sukan, Sports Injuries yang sedikit ataupun kronik serta untuk merawat kecederaan akibat dari pekerjaan ,Occupational Injuries.

Rawatan ini amat berbeza sekali dengan rawatan biasa yang hanya mampu memberikan ubat penahan sakit NSAID, Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs ataupun suntikan steroid, arthroscopy dan surgeri.

Rawatan ini adalah alternatif kepada surgeri dan mampu memberikan kesan baik pulih yang kekal, malah sendi akan menjadi 40% lebih kuat dan stabil.

Prolotherapy adalah sebahagian dari ilmu kepakaran Perubatan Ortopedik tetapi di Malaysia tidak ramai doktor yang mengetahui tentang Prolotherapy. Di Amerika Syarikat rawatan Prolotherapy amat popular dan ramai doktor yang mempraktikkannya.

Apakah Rawatan Prolotherapy?.

Prolotherapy adalah hasil kombinasi dari perkataan 'prolo' dan ' therapy '. Prolo adalah singkatan dari perkatan proliferation dan prolotherapy membawa maksud rawatan yang merangsang proses proliferasi pertumbuhan sel-sel inflamasi untuk membaik pulih dan memperkuat tisu sendi terlibat.

Sebenarnya proses inflamasi adalah kaedah semula jadi untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang terdapat di dalam badan manusia.

Konsep rawatan Prolotherapy adalah dengan merangsang proses inflamasi setempat melalui teknik suntikan di kawasan sendi yang mengalami kesakitan yang biasanya disebabkan oleh ligamen yang lemah, kendur atau tercedera.

Suntikan yang boleh diberikan adalah proliferants, irritants, chemotactics, particulates ataupun growth factor.

Jumlah suntikan boleh berbeza dari satu suntikan untuk sekali rawatan atau beberapa suntikan yang bergantung kepada tahap dan keperluan penyakit seseorang.

Ligamen.

Ligamen adalah bahan yang mengikat atau menghubungkan tulang-tulang kita. Kestabilan dan kekuatan sendi-sendi kita tergantung kepada ligamen-ligamen ini.

Ligamen yang tercedera atau kendur tidak dapat mengikat sendi dengan kuat dan menyebabkan sendi tidak stabil dan menghasilkan kesakitan bila sendi digerakkan.

Ligamen berwarna putih dan agak liat, ia tidak elastik serta tidak mempunyai bekalan darah yang terus dan ligamen hanya mendapat bekalan darah, makanan, oksigen dan lain-lain keperluan melalui sequestration process atau proses perahan, hasil dari pergerakan sendi.

Kebanyakan sendi-sendi yang sakit adalah disebabkan oleh masalah kekenduran ligament.

Apabila berlaku kecederaan kepada ligament, ia sukar untuk pulih 100% kerana biasanya doktor akan merehatkan sendi terlibat dan pastinya memberikan ubat penahan sakit, NSAID (Non Steroid Anti-Inflammatory Drugs) tadi atau steroid.

Ini akan menyebabkan proses baik pulih terencat dan ligamen akan berlaku kekenduran.

Ligamen yang kendur ini akan menyebabkan sendi tidak stabil dan pesakit mengalami kesakitan yang berlarutan dan akhirnya menyebabkan Secondary Osteoarthritis.

Rawatan Prolotherapy ini mampu merangsang semula proses inflamasi di ligament yang kendur dan dalam masa 6 minggu ligament tersebut akan menjadi 40% lebih tebal dan regang semula untuk mengikat tulang-tulang dengan lebih kuat. Kesakitan yang kronik itu akan terus hilang.

Otot.

Tendon atau otot adalah bahan yang menghubungkan otot-otot dengan tulang di sekitar sendi.

Kecederaan atau kekenduran kepada tendon menyebabkan kekejangan dan kesakitan di tendon dan otot berkenaan serta kesakitan bertambah dengan pergerakan sendi yang terlibat.

Joint Instability yang berpunca dari kekenduran ligamen akibat dari kecederaan sukan, kecederaan pekerjaan atau akibat dari simple sprain and strain (otot yang terseliuh atau tertarik) adalah penyebab utama kepada sakit sendi kronik dan akhirnya melarat kepada Osteoarthritis.

Prolotherapy adalah satu-satunya cara membaik pulih sendi-sendi anda yang sakit samada yang sedikit atau yang kronik tanpa memakan sebarang ubat penahan sakit atau steroid.

Prolotherapy adalah pilihan alternatif terbaik kepada suntikan steroid, suntikan gel di sendi ataupun pembedahan lutut.

Persoalannya sekarang bolehkah rawatan Prolotherapy membantu anda, ibubapa ataupun kawan-kawan anda? Mari kita lihat senarai penyakit yang didapati amat berkesan dengan Rawatan Prolotherapy :

  • Sakit Belakang.
  • Sakit pingang.
  • PID (Pelvic Inflammatory Disease).
  • Herniated Dics.
  • Degenerated Discs Disease.
  • Slipped Discs.
  • SCIATICA.
  • Spondylolisthesis.
  • Sacroiliac Laxity.
  • Sakit Leher.
  • Whiplash Injury
  • TMJ Syndrome (Tympano-Mandibular Joint Syndrome).
  • Cluster Headache/ Migrane.
  • Sakit Bahu.
  • Frozen shoulder.
  • Sakit siku/Tenis elbow/Golfer's elbow.
  • Sakit pergelangan tangan.
  • Capal Tunnels Syndrome
  • Sakit sendi-sendi jari tangan
  • Sakit sendi peha.
  • Sakit lutut.
  • Medial/Lateral/Anterior & Posterior Cruciate Ligament Tear.
  • Meniscus tear
  • Sakit buku lali.
  • Sakit di kaki dan jari-jari kaki
  • Sakit di Tumit.
  • Sakit di tapak kaki.
  • Arthiritis.

Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.








Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

Sunday, April 3, 2011

10 kebaikan coca cola




Fakta seperti yang akan disenaraikan dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di Amerika dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coca Cola atau nama 'glamour' nya ialah Coke.

Kebanyakan negeri di Amerika, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan dengan 2 gelen (gallon) Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalan raya apabila berlaku kemalangan. Seperti pasukan SMART, Plus Ronda, DUKE Co'op, dan bomba negara kita tu, mereka punya dikenali sebagai Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Coke pada asalnya membawa maksud dadah, merujuk kepada dadah jenis kokain (cocaine). Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan para pekerja buruh. Sama perihalnya seperti candu memasuki Tanah Besar (negara China). Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Dari sinilah terbitnya perkataan Coca Cola dan menjadi jenama minuman memudharatkan no 1 dunia!



Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang ke dalam satu mangkuk yang diisi dengan setin air Coke, tulang tersebut akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk mereka-mereka yang berniaga sup tulang! Mudah untuk lupuskan sampah 'tulang-belulang' mereka.


2. Untuk mencuci tandas. Caranya, curahkan setin air Coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan kandungan 'citric asid' yang berada di dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau kehabisan sabun di rumah! Agaknya buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome. Caranya, lap bumper kereta tadi dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang dengan mudah!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta. Caranya, tuangkan setin Coke pada sekitar skru/nat tadi. Pasti kesan hakisan tersebut hilang setelah beberapa minit.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat. Sekali lagi tuangkan setin Coke pada skru, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian. Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci kemudian basuh seperti biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang pasti akan berperisa coke. Peringatan, jika berlaku kerosakan ketara pada pakaian anda, jangan salahkan kami.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala/kain buruk dengan Coke kemudian lap keseluruhan cermin. Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur cuci cermin atau hantar ke 'car wash', cara ini lebih mudah dan efektif. Peringatan, jangan campurkan bahan asid yang lain dengan air Coke jika ingin melakukan eksperimen ini, dikhuatiri cermin kereta anda pecah.


8. Bahan aktif Coke adalah 'phosphoric asid'. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Cubalah! Kemudian setelah 4 hari, cuba gantikan paku tersebut dengan jari anda. Agaknya apa akan jadi?

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan lain-lain.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakan cara seperti diatas untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun yang lalu. Wahh... Buat overhaul percuma nampaknya!


9. Bagi setin air Coke, kandungan gulanya adalah sebanyak 18 sudu teh. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah kemudian minum, mesti termuntah. Tapi cuba tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! Wahh!

Rasa seperti minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu.


10. Di India, Provinsi Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan air Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun serangga pula air Coke ni.

Siapa ada tanam pokok cili di rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Manalah tahu, cili tu bertukar rasa menjadi rasa Coke? Siapa sangka? Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dan lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tidak percaya. Yang mana tak lulus peperiksaan Sains khasnya Kimia semasa sekolah dulu, bolehlah buat eksperimen sains kimia ni di rumah. Tapi kalau ada implikasi tertentu, kami tidak bertanggung jawab. Kami hanya nyatakan fakta, jangan buat selain dari yang dinyatakan sudahlah, nanti lain pula jadinya.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Di Mekkah ada Mecca Coke, kalau yang tu tidak pasti asal usulnya. Mungkin ada antara kita yang boleh ceritakan? Tapi yang peliknya, orang yahudi reka air Coke ni, kemudian sebarkan ke serata dunia, terutama di negara-negara Islam. Tapi saya tak pernah pula lihat pelancong asing yang datang ke Malaysia minum air Coke, yang ada mereka akan merasai kenikmatan 100 Plus, Red Bull, Excel atau teh tarik dan teh O di kedai-kedai mamak berdekatan.

Bagi saya, saya akan berusaha seboleh yang mungkin untuk tidak sama sekali minum air Coke. Memang banyak mudharatnya pada tubuh badan kita. Saya sendiri sudah merasai pengalamannya.

Bahaya Plastik




Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini.
Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)

Senarai pemenang ABPBH 2010

Artis Paling Popular 2010 - Shaheizy Sam


ABPBH 2010 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi, pemenang telah pun diketahui kan.. Ada yang menepati ramalan dan ada juga yang di luar jangkaan..:) Apapun tahniah pada penerima2 anugerah tersebut, moga anda akan terus maju dalam karier yang dimenangi dan pada tak berjaya, mana tau rezeki di masa akan datang..:)





  • Penyanyi Wanita Popular - Yuna
  • Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
  • Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
  • Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
  • Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
  • Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
  • Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
  • Artis Berkumpulan/Duo Popular - 6ixth Sense
  • Pelakon Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
  • Pelakon Komedi Lelaki Popular - Zizan
  • Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
  • Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
  • Artis Baru Wanita Popular - Ana Rafali

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato' Rosnani Jamil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...