Wednesday, June 19, 2013

Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin

Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin? Cuba tahan mata anda daripada tertutup semasa bersin, sukar bukan? “Biji mata anda tidak mungkin akan terkeluar kalaupun anda bersin terlalu kuat,’’ kata Dr. Brian Smart, Pengerusi Pusat Asma dan Alahan, Kumpulan Perubatan DuPage di Illinois.



Jadi, kalau alasan kita menutup mata tatkala bersin bukanlah untuk menahan mata daripada tersembul keluar, jadi kenapa perlu peduli?

“Sama seperti refleks lutut anda tersentak selepas diketuk perlahan menggunakan tukul perubatan ataupun, tangan anda secara automatik ditarik apabila terkena benda panas, menutup mata semasa bersin merupakan satu tindak balas berkuasa,’’ kata Smart yang juga jurucakap bagi Akademi Asma, Alahan dan Imunologi Amerika.

Satu ‘cerita rakyat’ lain: Kita bersin dengan mata terpejam bagi mengelakkan bendasing yang terbersin keluar daripada memasuki mata anda. Apa pula kata kajian?

“Adalah juga sangat tidak mungkin bahan-bahan di dalam bersin masuk ke dalam mata kita memandangkan ia ‘berjalan’ agak jauh dari mata.

‘‘Oleh itu, pesan saya agar orang ramai menutup mulut setiap kali mereka bersin. Ini akan membantu memperlahan penyebaran penyakit-penyakit berkaitan pernafasan. Lagipun, itu satu adap yang sopan,’’ tambah Smart.

Bagi penganut agama Islam, katakan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah). Gesundheit (semoga dirahmati Tuhan) bagi bukan Muslim

Makanan Punca Pelbagai Penyakit

Berita Harian hari ini menyatakan 32 kematian setiap hari dan kebanyakannya daripada penyakit jantung, strok sebagai punca kematian 11,812 orang sepanjang 2010. Menurut pendapat saya ianya daripada sikap seseorang dalam pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya menjadi penyebab datangnya pelbagai penyakit.

Adakah kita tahu apakah akibat daripada mengambil makanan yang berlebihan? 
Anda akan menjadi gemuk dengan sebab memakan makanan yang banyak  kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Apakah dia kalori?Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya, anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori.

Manakala jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini. Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit.

Kebanyakan orang merasakan membazir bila makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan sedangkan perut sudah merasa kenyang. Kerana itu dianjurkan mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan berpada-pada. Biar saja dalam kuantiti yang sedikit. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Kerana makan sebelum lapar itu mengelakkan kita makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. 

Makan Menurut Islam
Islam itu sangat indah. Rasa saya anda semua pasti setuju. Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Bukan saja perundangan, kehidupan bahkan juga kesihatan. Semuanya sudah digariskan di dalam Islam. Ilmu tentang nutrisi pemakanan bukan baru bermula pada abad ke 21 sebaliknya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan umat-umatnya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

“Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” H.R. Muslim

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa.

Kenapa agaknya ya pada diri setiap insan itu perlu diisi dengan keperluan sesuai dan sama setiap masa? Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan. 

Kerana itu, Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan method ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia.Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. 

Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Friday, June 14, 2013

Laptop Dell Inspiron Untuk Dijual







SPESIFIKASI:

*MODEL - DELL INSPIRON N4050
*SAIZ - 14 INCI
* WINDOWS 7 HOME PREMIUM ORIGINAL
*PROCESSOR - INTEL CORE I3
*RAM - 4GB
*SYSTEM - 32 BIT OS
*HARDISK - 465GB
*DVD-RW DRIVE
*WEBCAM
*HDMI PORT
*3 USB PORT
*LAN INTERNET
*WIFI INTERNET
*INTEL GRAFIK CARD
*DRIVER DAN INSTALLER DI BERI
*BATERI TAHAN LEBIH 4 JAM
*CHARGER ORIGINAL
*BEG TIDAK DIBERI
*TIADA CALAR DAN BERSIH
*KEYPAD DAN CURSOR YANG LEMBUT
*USIA LAPTOP KURANG SETAHUN

HARGA RM1300 BOLEH DI RUNDING. HARGA BARU PUN  RM2000 LEBIH.


BERMINAT BOLEH HUBUNGI 0176806955. COD PUTRAJAYA

Monday, June 10, 2013

Harga Kereta Turun 2013


Menerusi laporan berita yang memaklumkan, 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan harga di pasaran
Perkara ini berkaitan dengan langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi “aku janji” dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tambah laporan itu lagi, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama
Mengenainya, pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Menariknya, laporan turut mengatakan, petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.


turun harga kereta laporan senarai 10 model kereta harga turun di malaysia 2013


Berikut adalah senarai jenis model kereta yang mencatatkan penurunan peratusan harga di pasaran setakat ini:

ModelPeratus harga turun
Peugeot 30811 %
Volkswagen Golf7.1 %
Perodua Viva5.4 %
Perodua Myvi4 %
Proton Pesona3.8 %
 Perodua Alza3.4 %
Proton Preve3 %
Honda Jazz Hibrid2.5 %
Proton Saga1.1 %
Proton Exora0.7 %

jumlah harga kereta turun 2013 senarai 10 model kereta harga turun di malaysia 2013

Niat Puasa Sunat

  1. Niat Puasa Senin – Kamis

نويت صوم يوم الاثنين سنة لله تعالى
" NAWAITU SAUMA YAUMUL ISNAIN SUNNATAN LILLAHI TA'ALA 


“ Saya niat puasa hari Senin, Sunnah karena Allah ta’ala.”

نويت صوم يوم الخميس  سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA YAUMUL KHOMIS SUNNATAN LILLAHI TA'ALA 


“ Saya niat puasa hari Kamis, sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Daud
نويت صوم داود سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA DAWUD SUNNATAN LILLAHI TA'ALA 



“ Saya niat puasa Daud , sunnah karena Allah ta’ala

  1. Niat Puasa Hari-hari Putih .

نويت صوم ايام البيض سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA AYYAMI BIDH SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
“ Saya niat puasa pada hari-hari putih , sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر  سنة لله تعالى 
NAWAITU SYAUMA "ASYURA SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
“ Saya niat puasa hari ’Asyura , sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Bulan Rajab

نويت صوم شهر رجب سنة لله تعالى 
NAWAITU SAUMA SYAHRI RAJAB SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
“ Saya niat puasa bulan Rajab , sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Sya’ban

نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA SYAHRI SYA'BAN SUNNATAN LILLAHI TA'ALA
“ Saya niat puasa bulan sya’ban , sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Syawwal

نويت صوم شهر شوال سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA SYAHRI SYAWWAL SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH 
“ Saya niat puasa bulan Syawwal , sunnah karena Allah ta’ala.”

  1. Niat Puasa Bulan Dzulhijjah (Puasa Tarwiyah & ‘Arafah).

نويت صوم ترويه سنة لله تعالى 
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunnah karena Allah ta’ala.”

نويت صوم عرفة سنة لله تعالى


NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA'ALAH
“ Saya niat puasa Arafah , sunnah karena Allah ta’ala.”


" MOHON MAAF BILA ADA KESALAHAN TULISAN " 

Monday, June 3, 2013

Netook HP mini untuk dijual





Netbook HP 10inci 
- intel atom
- 1.83 ghz prosesor
- 1 gb RAM
- 230 gb hardisk
- RM600 price


Call 0176806955 area putrajaya

Netbook Asus 2nd Untuk dijual RM600




Windows 7 installed ORIGINAL.
100% working condition
With Webcam
With Original ASUS charger and battery
NOTEBOOK PC - ASUS EEE PC
INTEL ATOM N455 PROCESSOR (1.67 GHz)

217 GB HARD DISK
1 GB RAM
WEBCAM
WIFI
3 USB PORT 
802.11B/G WLAN
PERCUMA SLEVE CASE
BATERI TAHAN 4 JAM
TAKDE CALAR


COD PUTRAJAYA CALL 0176806955. 
SERIUS BUYER ONLY..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...