Monday, January 12, 2015

Kucing Hijau Misteri Bulgaria Telah Bertukar Ke Warna Asal



Ingatkah anda kami pernah siarkan di Page Facebook Siakapkeli satu video dimana penduduk bandar pelancongan terkenal, Varna, Bulgaria gempar tentang kemungkinan kehadiran spesis baru kucing berwarna hijau misteri.

Sebenarnya kucing tersebut bukan la spesis baka baru kerana warna hijau tersebut adalah warna ia adalah warna cat berikutan tempat tidur kucing tersebut adalah di kawasan yang mengandungi lebihan cat di tapak pembinaan.


Misteri ini telah berjaya dirungkai oleh beberapa orang aktivis pencinta haiwan yang telah menjejaki kucing tersebut selepas video tentang kucing itu disebarkan.

Mereka yang berjaya menjejaki kucing tersebut telah mengenalpasti warna di bulunya adalah bukan warna sebenar dan membersihkannya.


Bagaimanapun warn hijau itu masih sikit kelihatan dan kerana sudah terlalu lama kering di bulu kucing berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...