Sunday, April 10, 2011

Nasi ganja @ Marijuana rice




Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.

Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar. Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.




Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.


Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk. Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.


Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina. ''Vangge, vangge, vangge', panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'marilah, marilah, marilah' itulah yang akan berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran berkenaan.


ganja1


Bagaimanapun ramai yang tidak tahu jika ditanya Nasi Kandar Ayam Merah. Tetapi jika sebut saja Nasi Wanggei ataupun Nasi Ganja pasti yang menggangguk laju. Antara menu unik di sini ialah Sambal Kelapanya. Menu tetap ini akan dicalit pada pinggan di samping Nasi Puteh, Bendi dan Timun sebelum diajukan menu tambahan lain.

ganja2

ganja3

ganja4

Dato Lat dalam salah satu buku komiknya turut memuatkan telatah pekerja di restoran ini yang berkain puteh berlipat hingga ke peha, berdiri di hadapan kedai sambil mempelawa pelanggan masuk ke dalam restoran sambil berkata; "wanggei, wanggei!". Maka lekatlah nama Nasi Wanggei ketika itu. Ada dua restoran bersebelahan di Jalan Yang Kalsom ketika itu dan berhadapannya ialah Stesen Bas Tanjung Rambutan yang meramaikan lagi pelanggan Nasi Kandar Ayam Merah ini.


1 comment:

  1. Rasa nak muntah bila dengar cerita benar dari bekas pekerja kedai nasi ganja. Terus tak mahu benriat nak merasa nasi ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...