Famili: Cucurbitaceae
Nama Saitifik: Momordica charantia
Sinonim: Momordica chinensis, M. elegans, M. indica, M. operculata, M. sinensis, Sicyos fauriei
Nama tempatan: bitter melon, papailla, melao de sao caetano, bittergourd, balsam apple, balsam pear, karela, k’u kua kurela, kor-kuey, ku gua, pava-aki, salsamino, sorci, sorossi, sorossie, sorossies, pare, peria laut, peria
Batang: Lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur
Daun: Bercuping lima dan berwarna hijau
Bunga: Berwarna kuning, bunga jantan dan betina adalah berasingan
Buah: Permukaan yang menggerutu, berwarna hijau muda dan rasanya pahit
Peria merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Nama saintifik peria adalah Momordica charantia (L.) dalam keluarga labu “Cucurbitaceae”. Peria tumbuh dikawasan tropika dan subtropika. Di Malaysia, peria banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
Pokok peria mempunyai akar tunjang dan juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Pokok peria mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Daun pokok peria bercuping lima dan berwarna hijau.
Pokok peria mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buah peria mempunyai permukaan yang menggerutu, berwarna hijau muda.
Khasiat: Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.
Kegunaan perubatan
Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.
Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria
No comments:
Post a Comment