” Ko beli Jajan apa? ” tanya aku pada seorang staf
” Ntah apa kenama niha.. makanan jepun.. macam mamee jee rasanya.. Kenapa Mad? ” dia membalas..
” Tidaklaa.. saja tanya.. sebab ada laporan keropok Rota yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik ” aku cuba jelaskan..
” Eh! betul ke? aku dah makan jajan tu dari kecil lagi.. takkan Jakim sampai sekarang tak perasan..”
” Bukan ko aje.. aku pun sama.. aku sendiri pelik dengan Jakim ni.., setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan..”
” Kalau macam tu Jajan yang kita makan ni pun tak selamat lah yek..? tapi ini ada logo halal? ” soalnya
” Logo Halal? heh.. benda tu boleh print je bang.. bukan susah pun.. percaya atau tidak.. yang sijil halal pun sekarang ni.. dah jadi barang dagangan.. dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah.. dan sebenarnya bukan jajan saja tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. emm ko pernah makan produk sotong kering yang bergula, aku lupa nama produk tu.. nanti aku tunjuk gambar..”
” Err.. rasanya aku tau.. suka jugak aku makan.. kenapa..?”
“Emm.. itu aku memang tak suka makan.. dan baru-baru ni ada laporan dibuat yang mana sotong tu sebelum di sira dengan gula.. diorang bersihkan guna bulu babi.. dan syarikat tu dah diambil tindakan pun.. Jabatan agama dah kesana untuk samak,, tapi produk yang ada kat pasaran masih dijual aku tengok.. tak silap kat Mersing kampung aku.. banyak dijual sotong kering bergula tu..” ulas aku
“Adeh… berapa banyak sumber babi daa kita dah termakan ni..?”
” Sebab tulah agaknya perangai manusia kat Malaysia ni dah makin teruk.. itu belum lagi aku cerita kat ko pasal bihun cap masjid tu orang bukan islam yang uruskan.. dengan anjing sana sini.. haha..” jawab aku..
dia terlopong..
Topik tentang halalan thoyibah menjadi isu utama majalah Milenia Muslim bulan march dan kebanyakkan apa yang aku sebut adalah bersumber dari majalah tu. Di dalam majalah itu juga ada paparan mengenai salah satu kilang membuat rempah yang diserbu dimana tahi anjing kelihatan bersepah di lantai.
Ada juga dibangkitkan tentang isu kandungan babi di dalam produk makanan. Di bawah ini aku kongsikan senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi.
1.E100, 2. E110, 3. E120, 4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,
10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,
18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,
26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,
33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471, 38, E472, 39. E473,
40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478, 45. E481, 46. E482,
47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,
55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.
Kita memang tak sedar bila bahan-bahan ni dah dicampurkan kemudian ada pulak logo Halal pada bungkusannya kan? lainlah kalau dijual sebagaimana HJ Naguib kat bawah ni…
No comments:
Post a Comment